Ahad, 7 Ogos 2016

Open House Yang Terlewat.

Assalammualaikum,

Semalam 6 Ogos 2016, berlangsung Majlis Aidilfitri bagi keluarga/ keturunan Ja’i. Yang melibatkan beberapa orang nenek dan datuk. Cucu-cucu dan cicit-cicit serta yang ke bawah bagi Arwah Ja’i. Agak terlewat majlis pada tahun ini. Dan penglibatan dari semua keluarga agak kurang, mungkin kerana sudah habis syawal atau masin-masing mempunyai urusan sendiri.

Pada awalnya, keluarga aku tidak mahu menghadiri majlis tersebut kerana punya agenda sendiri, kerana mempunyai jemputan kenduri kawin (majlis persandingan) sepupu aku di kampong kelahiran aku di Tanjung Gading, Muar.

Mungkin kerana ingin menjaga hati beberapa pihak, ibu aku mengajak juga singgah ke Majlis Aidilfitri tersebut. Aturcara majlis dimulakan dengan majlis tahlil pendik dengan bacaan yasin dan doa untuk arwah. Seterusnya, penyampaian ucapan wakil dari setiap keluarga (adik-beradik nenek) seramai tujuh keluarga.

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar bagi setiap keluarga, dan acara sebenanrya hingga pada petang itu. Memandangkan kami punya urusan lain, maka terpaksa meninggalkan majlis terlebih dahulu sebelum tamat majlis tersebut.

Perjalanan ke Tanjung Gading, Muar mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Bernasib baik pada hari semalam, adik ipar aku yang memandu, dan keadaan aku pada masa itu tidak mengizinkan kerana diserang magrain. Sepanjang perjalanan aku lelapkan mata, secara tidak sedar telah tiba di lokasi.

Seperti biasa, makan dan mengambil masa  berbual dengan sanak saudara. Dan bergurau senda.


Habis dari majlis, ibu mengajak singgah ke Pasar Awam, Muar untuk membeli lauk untuk makan malam. Menu utama ikan mayong. Tak pasti samada semua kenal dengan ikan tersebut. Dua kilo udang yang ingin dicelup tepung dan kupang untuk masak sambal. Agak meriah kerana adik beradik aku yang lain pulang ke kampung.

Aktiviti semalam, hujung minggu bagi aku, kerana hari Ahad merupakan hari kerja bagi aku. Dan sekarang duduk di meja mengadap computer.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...