Wednesday, April 25, 2018

Meniti

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti berkurun lama aku tidak hadir dan menjenguk blog aku yang satu ini. Tidak pasti mengapa, adakah tidak punya masa atau sekadar tidak punya idea.

hari-hari aku pada ketika ini dipenuhi dengan mebakar kek yang telah di tempah oleh orang-orang setempat. Itu apabila aku berada di rumah, selepas waktu kerja. Dan apabila masa bekerja, aku sibuk dengan kerja-kerja di pejabat.

Sebenarnya, aku ingin berkongsi. Mengapa dengan hidup aku sekarang ini.
"hahahaha......", tertawa sendiri apabila aku memikirkannya.

Seperti yang diketahui, yang baik datang dari Dia, dan yang buruk dari diri aku sendiri. Kadang-kadang aku berada di atas, sehingga lupa segalanya. Dan pada masa itu, segalanya ditarik perlahan-lahan, dan sekarang aku terasa seperti mahu terduduk. Masih juga aku gagahkan diri untuk berdiri dalam menjalani kehidupan aku.

Untuk menjadi yang terbaik dan diredhai, amatlah banyak ujian-ujian yang perlu dilalui. Sebenarnya bergantung juga pada hati dan diri kita sendiri,
"betul tak.....",
Aku tidak pasti, mana perginya kekuatan dan keyakinan pada diri aku sendiri, Adakah aku telah dan semakin jauh dengan Nya. Itu memang aku pasti, Dan mengapa aku membiarkan diri aku sendiri hanyut. 

Berubah daripada yang buruk menjadi yang baik. Kadang-kadang, kita dah terbiasa dengan kehidupan yang buruk, dan menjadi sukar untuk kembali kepada yang lebih baik.
"Ya Allah, berikan kekuatan kepada hamba mu ini untuk menjadi yang lebih baik",
Mengeluh aku sendiri memikirkan bagaimana ingin memperbaiki kehidupan aku sendiri. Salah aku juga kerana tidak berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu.

Aku berharap, selepas ini aku akan menjadi yang lebih baik dan menjadi lebih sempurna.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...