Selasa, 16 April 2024

Maslis Keluarga Ja'ee, Simpang Renggam.

Lokasi : Kampung Shaari, Simpang Renggam.

Tahun 2024, sangat terkesan kepada keluarga aku, tahun ini, ibu aku menyambut syawal dengan 3 orang anak beliau sahaja. seingat aku, aku ada update tentang anak ibu aku yang keempat, telah kembali ke Rahmatullah pada 4 September 2022.

Pada tahun lepas, 24 oktober 2023, seorang lagi anak beliau yang kedua (adik Aku), kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dua orang anak lelaki dan seorang suami, "hahaha..... sorg jer lah laki dia",

Aku akan post kemudian tentang adik aku yang kedua tu nanti.


 

Tahun ini, seperti kebiasaannya di bulan Syawal, keluarga nenek aku anak, cucu dan cicit Ja'ee akan mengadakan hari keluarga. Tahun ini majlis diadakan di kediaman nenek busu aku di Simpang Renggam, Johor.

Seawal jam 6.30 pagi aku telah bangkit dari tidur untuk bersiap-siap, terima kasih aku ucapkan buat adik aku yang bongsu kerana telah menggosokkan baju aku pada malamnya. Baby Pink Colour, guys.... aku pun tak ingat baju ini tahun bila punya raya. Mak aku request aku pakai sedondon dengan beliau, yang pada malam itu, ketika aku sedang mengambil baju dalam almari.

Layankan sahaja buat orang tersayang, 

Kami bergerak menuju ke Simpang Renggam pada jam 8.30 pagi, "tolak tambah lah waktu tu",


 

Dengan 3 buah kereta, aku mengetuai perjalanan, dengan pecutan kuasa kuda, kerana kami berpendapat, kami telah lewat bergerak menuju kedestinasi. Seperti selalu di bulan Syawal ini, mana-mana jalan utama juga highway memang sesak dan jem. terpaksa santai-santai juga lah, di jalan raya. tema kerajaan "ingat orang tersayang".

Setibanya di kediaman nenek busu aku, keadaan sangat lengang, tiada kereta dan seorang dua sahaja umat yang ada, aku pun berkata,

"majlis dah habis ke? alamak, memang sungguh-sungguh lambat ni",

Rupa-rupanya tidak, kami orang kedua yang tiba awal pada hari itu. Duduk kami menunggu yang lain tiba, dengan cuaca yang bahang dan berbaju melayu, faham-faham sahaja lah, anak buah aku seorang dah meragam, menangis kerana panas dan berpeluh, mengakibatkan badan beliau berasa miang. Dalam hati aku juga berkata,

"Bilalah agaknya majlis ni nak habis", 

Sebab, aku juga sudah tidak tahan dengan bahang cuaca di situ. 

Apa yang aku ingin ulaskan, Majlis pada hari tersebut tidak meriah seperti majlis-majlis yang sebelumnya, ramai yang tidak hadirkan diri, adik beradik mak aku pun hanya mak aku dan pak long aku sahaja yang ada. Aku juga ada dengar desas desus, merajuk bagai dan lain-lainnya, seperti yang mengenali aku, ambil kesah pula aku dengan hal-hal tersebut. Aku hadirkan diri pun sebab rasa hormat kepada keluarga nenek busu aku, dan mereka memang mengenali aku dan agak sangat baik dengan aku. Dan, nenek aku sendiri, giliran mak aku yang jaga, jadinya, memang kami perlu hadirkan diri membawa nenek aku ke majlis tersebut.

cukuplah, panjang-panjang pun, bukan rajin sangat nak membacanya kan, "hehehe....",



 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...