Khamis, 13 Oktober 2011

Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.




Rabu, 12 Oktober 2011

Sejarah Johor



Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya.   


Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimunan, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

Semasa di Bentan, Sultan Mahmud Shah telah mengumpulkan semua bala tenteranya untuk mengusai semula untuk menyerang dan menakluki Melaka dan menyekat laluan perdagangan ke Melaka yang pada ketika itu telah ditawan oleh Pihak Portugis. Setelah beberapa kali cuba menewaskan angkatan tentera Sultan Mahmud Shah, akhirnya Portugis telah menghantar sebuah kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas pada tahun 1526 bagi memusnahkan Bentan, manakala Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera dan belianu mangkat di situ.

Sultan Mahmud Shah telah meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah. Yang mana Tengku Muzaffar Shah menjadi sultan Perak manakala Tengku Alauddin Riayat Shah menjadi sultan pertama di Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah meneruskan sistem pentadbiran terdahulu sama seperti yang diamalkan di Melaka. Iaitu kuasa pemerintahan tertinggi adalah sultan. Dan sultan dibantu pula oleh Majlis Orang kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli Majlis orang Kaya ini juga dikenali sebagai Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja.


Pada kurun ke-18, Bendahara tinggal di Pahang manakala Temenggong Johor pula tinggal di Teluk Belanga, Singapura dan setaip mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh dengan itu, Pusat Empayar Johor dipecahkan dan menjadikan Empayar Johor terdiri daripada 4 wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu.

Wilayah Muar                                        - Raja Temenggung Muar,
Pahang                                                  - Bendahara johor,
Riau                                                       -  Yang Dipertuan Muda,
Tanah Besar Johor dan Singapura    - Temenggong Johor.


Manakala Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh Empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga, Semua orang kaya kecuali Raja Temenggong Muar melaporkan terus ke Sultan. Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja, tetapi Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat membayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selamanya.

Pengaruh kesultanan Johor meliputi semenanjung Selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Phang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga,

Pusat pentadbiran pula telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian pusat pemerintahan beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor Moden di Tanjung Puter yang sekarang ini dikenali sebagai Johor Bahru.



Selasa, 11 Oktober 2011

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. 

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah 

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti. 

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah. 


Tekanan Darah.

Salam, kelmarin aku pergi berjalan bersama keluarga aku ke Johor Bahru, kami singgah ke Danga City. Di situ terdapat satu mesin yang boleh memeriksa tekanan darah. Dan kami mencuba mesin tersebut. Tiba giliran aku dan hasilnya tekanan darah aku rendah, aku sedapkan hati bahawa mesin itu membuat kesilapan "hahaha".

Malam tadi, setibanya di rumah selepas pulang dari office,  aku mengajukan pertanyaan kepada ibu aku bertanyakan pendapat tentang tekanan darah itu, terasa risau juga. Ibu aku menasihatkan agar aku pergi bertemu dengan doktor untuk mengesahkannya.

Oleh itu, bertolak kami berdua ke klinik yang biasa aku pergi untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaaan dilakukan, dan sah memang aku mempunyai tekanan darah rendah. Doktor memberikan ubat dan aku pun pulang.

Macam mana aku boleh dapat tekanan darah rendah ini, sedangkan kesihatan aku nampak seperti baik sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...