Isnin, 18 April 2016



Pada 17 April 2016, satu peristiwa dalam keluarga aku berlaku. Beliau tiadalah rapat sangat dan terlalu kena mengena dengan aku. Ayah tiri aku, En Hasan, telah mengalami kemalangan di kawasan kampung sebelah. Mungkin dah bahagian dia.

Kejadian berlaku mungkin dalam tengahari, pada ketika itu aku sedang bekerja dan mendapat tempelan gambar di whats app yang dihantar oleh ibu aku. Pada awalnya aku sekadar melihat gambar tersebut tanpa menelitinya. Tetapi, dalam sekali imbas itu, aku dapat mengenali kereta tersebut kepunyaan siapa.

Nasib baik pada ketika itu, ibu aku tiada bersama beliau. Mengikut cerita dari ibu aku, beliau cuba mengelak sebuah lori yang secara tiba-tiba masuk ke simpang kampung sebelah itu. Dan dengan itu kereta beliau telah masuk ke dalam sebuah parit berhampiran.

Aku tidak berapa rapat dengan beliau, sedar mendengar sahaja cerita dari ibu aku. Beliau mengalami kecerdaan dan mengelami keretakan tulang belakang. Semoga beliau lekas sembuh. Itu sahaja yang aku mampu lakukan.

Baru Ku Tahu.

Setelah setahun lebih dia meninggalkan aku, baru kini aku tahu bahawa selama ini, aku telah ditipu hidup-hidup.

Sebelum ini, ada juga yang memberi tahu kepada aku, ada yang beri tahu bahawa dia mengajak menjalinkan hubungan sebagai couple dan aku membiarkan sahaja, kerana aku dengan dia tidak lagi mempunyai hubungan.

Semalam, Ada seorang sahabat memberi tahu bahawa dia telah lama berhubungan, mengikut apa yang diceritakan, perhubungan tersebut telah terjalin seusia dengan perhubungan aku dan dia. Memang jenis manusia munafik.

Segala janji yang dia berikan tidak pernah luput dalam ingatan aku, sememangnya dia sehina-hina manusia yang pernah aku kenal.

Selasa, 12 April 2016

Bersarang.

Assalammualaikum dan Salam Muafakat Johor.

Lama juga aku menepi dalam menyerikan aku punya ini. Bukannya tidak mahu menulis lagi, tetapi disebabkan kekangan kerja di pejabat membuatkan aku tidak sempat mengemas kini laman aku ini.

Dari awal tahun lagi, pelbagai program yang ada di pejabat ini. pelbagai audit yang datang dan pelbagai juga perkara yang perlu dilakukan. Jadi lupakan seketika apa yang tidak penting dan melakukan sahaja kerja-kerja hakiki.

Mana kan tidak, ada dua jenis audit yang hadir melakukan pemeriksaan, SSR dan 5s. Jadi banyak perkara yang perlu kami sebagai kakitangan perlu lakukan. Kekadang ingin tergelak mengenangkan peristiwa semasa melakukan kerja-kerja. Sehingga ada yang bertengkar.

Dan, pada waktu sekarang ini juga, aku telah melakukan dua kerja dalam satu hari. Pertama, aku melakukan kerja hakiki aku pada waktu siang hari, manakala pada sebelah malam pula aku membantu ibu aku di kedai makan ayah tiri aku. Oleh sebab itu, masa untuk aku berehat adalah kurang.

Banyak perkara juga yang telah terabai. Sehinggakan ada beberapa ekor ikan emas aku yang mati akibat terabai. Teruknya aku ini.

Tidak mengapalah. Aku cuba lakukan yang terbaik dalam menguruskan hidup aku sekarang. Dan banyak perkara yang perlu aku perbaiki.

by the way, aku punya seorang penghibur hati sekarang ini. alhamdulillah.

Ahad, 20 Disember 2015

Dalam kita menjalani kehidupan ini, mustahil jika seseorang itu tidak memerlukan seorang sahabat atau kawan. Tidak kira apa juga kepentingan dia berkawan. Begitu juga aku, memerlukan seorang sahabat untuk aku berbual dan meminta bantuan jika memerlukan.

Tetapi bagi aku, kebiasaannya aku berkawan bukan untuk aku mengambil kesempatan terhadapa kawan-kawan aku. Sekadar ingin mempunyai teman untuk aku berbual dan lepak bersama jika ada kelapangan. Untuk bercerita masalah mungkin tidak, kerana aku tidak pandai bercerita tentang masalah yang aku hadapi.

Aku mempunyai beberapa kenalan baru, dan sering juga aku keluar lepak bersama. Tetapi ada yang mempunyai sikap yang terlalu bangga diri. Dan setiap perkataan yang keluar dari mulut seolah-olah tidak boleh dipercayai kerana banyak keraguan. Aku menilai setiap perbualan, bukan menerima bulat-bulat dan terus mempercayai.

Dan aku juga akan menilai setiap kenalan aku, bukan memilih tetapi ingin melihat bagaimana cara mereka. Sama ada boleh bersahabat lama atau mereka sekadar sebentar sahaja. Setiap orang ada cara masing-masing, tetapi bagi aku, aku ingin mempunyai satu persahabatan yang lama dan berkekalan. Biar banyak kawan jangan banyak musuh.

Pada suatu masa dulu aku mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mungkin kerana kealpaan aku, dan menuruti cakap orang tersayang yang ingin aku tinggalkan semua, aku tinggalkan. Nah!!, sekarang apa yang berlaku. Aku ditinggalkan. Silap aku, bukan dia atau mereka.

"Lebih dari seorang kawan?",

Ramai yang meminta dan mengajak, tetapi hati aku belum bersedia untuk menerima. Terlalu beku dan tidak mampu bagi aku membuka pintu hati aku. Mungkin apa yang telah berlaku pada masa lepas membuatkannya terus membeku. Aku cuba untuk menerima, tetapi memang sukar. Aku tidak pasti nak cakap macam mana. Biarlah masa yang menentukan.

Setiap yang berlaku punya sebab yang tertentu. Dan kita perlu menerima dan menempuhnnya denga redha.

Bersahabat di alam maya?

Bagi aku tiada masalah, kalau betul dengan caranya. Tetapi di alam maya ramai yang tidak jujur aku rasa. Ada yang cuba mengambil kesempatan, contoh cuba meminjam atau meminta duit. Dan ada beberapa yang cuba minta top up handphone, dan selepas tu, senyap begitu sahaja.

Entah, bergantung pada niat masing-masing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...