Thursday, August 27, 2009

AktIViti SebeLuM PuASa

salam.....

selamat berpuasa dan beramal di bulan mulia ni, sesungguhnya amalan yang dilakukan di bulan ramadhan ini lebih diberkati dan berganda, sesungguhnya janji Allah itu adalah yang sebenar-benarnya.

dah lama juga aku tak berkecimpung dalam dunia blog ni, adalah dalam beberapa minggu, dan ini di antara gambar-gambar yang aku ambil beberapa hari sebelum tiba bulan ramadhan al mubarak ini, jom kita saksikan keletah orang-orang office...huhuhuhu.........




1. bersembang-sembang, mengambil kesempatan mengumpat atau pun meluahkan rasa tidak puas hati, kerana apabila tiba di bulan ramadhan, melakukan perkara tersebut akan mengurangkan pahala puasa, jadi habis-habiskan apa yang terbuku di hati, huhuhu.....mati aku kalau kakak-kakak ni baca blog aku, mungkin aku yang berprasangka, mungkin depa ni membincangkan apa yang baik dilakukan semasa bulan ramadhan, alhamdulillah.....

2. mencuba segala minyak wangi yang dijual, sesungguhnya mencuba dan mengambil bau semasa berpuasa adalah tidak elok dan adalah makruh, so member aku yang sorang ni pun mencuba setiap botol minyak wangi yang dijual, aku yang duduk di sebelah hampir separuh pitam menahan bau wangi setiap kali dia spray.........




3. meletakkan sample-sample kuih atau biskut raya, yang pastinya biskut tersebut akan laris dan yang pasti bekasnya sahaja yang tinggal, tetapi..........senarai org yang order kuih raya tersebut hanya dua orang sahaja.........


seronok menikmati juadah raya sebelum tibanya hari raya........





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...