Rabu, 11 Mei 2016

Jawatan.

Assalammualaikum dan salam muafakat Johor.

Dalam beberapa bulan lepas. Telah diumumkan ada beberapa penambahbaikan dalam jawatan-jawatan yang ada dalam sektor kerajaan, termasuk jawatan yang sedang aku sandang sekarang. Ada dalam ratus jumlah perjawatan yang telah dikaji untuk dilakukan penambahbaikan. Maaf, aku tidak pasti pula apakah jawatan-jawatan yang lain.


Mungkin kerana aku bukan jenis yang suka mengambil tahu akan hal-hal sedemikian rupa. Oleh itu aku seperti katak bawah tempurung juga, keran tidak tahu akan hal-hal yang sedang berlaku disekeliling, sekadar tahu akan dunia aku sahaja. Merupakan satu hal yang tidak positif dalam menjalani hidup pada ketika zaman teknologi maklumat seperti sekarang.

Alhamdulillah, bersyukur juga aku kerana jawatan yang sedang aku sandang menerima penambahbaikan. Tetapi, aku juga berkira-kira untuk menerima option tersebut. Dengan memikirkan beberapa perkara yang perlu aku hadapi dan aku lakukan. 

Pemindahan tempat kerja yang pasti akan berlaku, hanya tidak diketahui bila. Tetapi itu bukan masalah yang utama bagi aku. Kerana In Sya Allah, perkara tersebut bukan lah satu perkara yang sukar. Setiap orang pasti akan merasakan perkara yang sama. Sudah adat bekerja, menerima dan terpaksa menerima dengan keadaan atau suasana baru dalam alam pekerjaan. Pikir positif, kerana di situ letaknya pengalaman.


Beruntung pula bagi aku kerana, jawatan aku tidak terlibat dalam pemindahan ke kerajaan persekutuan dan sekadar tetap di bawah kerajaan negeri. Tidak seperti yang aku dengar bagi sesiapa yang menyandang jawatan di bawah skim W (kewangan) yang berkemungkinan besar akan diserap ke kerajaan persekutuan.

Aku ada bertanyakan pendapat tentang perkara ini kepada orang-orang yang rapat dengan aku. Dan ramai yang suggest supaya aku terima option tersebut. Peluang hanya sekali.

Dan hari ini, 11 Mei 2016, aku telah menghantar salinan diploma aku ke bahagian pentadbiran.

Syukur Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...