Rabu, 12 Jun 2024

Resepi Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut.

 Simpan Sini Supaya Tidak Lupa.

 


Bahan-bahan:
1cawan gula pasir
125 gram butter/marjerin
1cawan air panas
4 biji telur
1cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
1sudu besar soda bikarbonat

Cara Memasak:
1- Panas gula api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit)
2 – Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sikit demi sikit sampai habis. Kemudian perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. Kemudian masukkan mentega. Kacau rata dan biarkan seketika.
3- Masukkan empat biji telur ke a mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat. (kacau utk sebatikan saja)
4- Masukkan tepung dan baking soda kemudian kacau sebati.
5- Setelah itu, tuangkan air gula hangus td ( ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
6- Griskan loyang (lapik dengan baking paper). Bakar dalam suhu 185°C selama  40 minit menggunakan api atas bawah. Loyang letak paling bawah sekali.

Selasa, 11 Jun 2024

Khasiat Moringa Atau Daun Kelor.


Baru-baru ini, aku ada menjumpai satu produk ini, aku telah mula mengamalkan pemakanannya pada setiap pagi dan petang, dan cuba menghayati khasiatnya, ada perubahan ketara terhadap permukaan kulit aku dalam sedikit sebanyak, Tetapi aku cuba mengaalkannya bukan untuk kulit atau cantik, tetapi kerana paras kolestrol aku yang semakin meningkat, jadinya aku cuba capsul ini, di sini aku kongsikan antara khasiat-khasiatnya, tetapi perlu aku ingatkan, bahawa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kesihatan dan hospital jangan diabaikan.


Kelebihan Khasiat Moringa

Moringa juga dikenali dengan nama lain seperti kelor, merunggai dan rambunggai. Pokok yang dikatakan mempunyai 1001 khasiat. Berasal dari India dan ia tumbuh sihat di kawasan tropika dan subtropika. Malah, ladang tanaman pokok kelor ini ada diusahakan secara meluas di Johor. Masakan India banyak menggunakan bahan daripada pokok ini seperti daun dan buahnya yang berbentuk seperti kacang atau seakan bendi dalam masakan harian mereka, contohnya kari dan dalca.

Dari segi botani, Moringa dikenali sebagai Moringa oleifera dengan pertumbuhan boleh mencapai tinggi sehingga 10 -12 meter. Kulit batangnya seakan kabus yang boleh diumpil atau dikopek dengan diameter pemeluk sebesar 45 cm.

Pokok Moringa memiliki daun yang lebat bersaiz kecil dan mudah luruh serta dahan yang rapuh. Buahnya akan muncul dalam bentuk seperti kantung bendi tetapi bersaiz lebih besar antara 10-25 cm. Benih daripada buahnya boleh dijadikan semaian untuk menanam anak pokok dan pokok ini sangat tahan dengan keadaan cuaca kering atau   kemarau.



Khasiat Daun Moringa

Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Hospital Ottawa, Kanada pada 2012 melaporkan bahawa analisis daun Moringa mengandungi nutrien yang kaya seperti garam mineral (kalium, kalsium, fosforus, zat besi), vitamin A dan D, asid amino perlu dan antioksidan seperti beta karotena dan flavonoid. Penggunaan pokok Moringa yang merangkumi pelbagai bahagian tumbuhan seperti daun, buah, akar dan batangnya diamalkan sejak dahulu lagi untuk aspek perubatan. Malah, masyarakat seluruh dunia memberi gelaran pokok ini sebagai ‘Pokok Ajaib’, ‘Hadiah Tuhan kepada Manusia’, ‘Penyelamat Orang Miskin’ dan sebagainya.

Ciri Antihiperglikemik Menurunkan Gula dalam Darah

Komponen daun pokok moringa telah dikaji secara meluas untuk melihat kesannya dalam menurunkan kadar gula dalam darah terutamanya bagi pesakit kencing manis atau diabetes. Kajian klinikal dilakukan ke atas model tikus dan juga manusia yang kedua-duanya menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Ekstrak daun Moringa sebanyak 300 mg/kg-bw diberi kepada tikus selama 21 hari menunjukkan penurunan kandungan gula sebanyak 69%. Hal ini dilaporkan setanding dengan penggunaan ubatan moden anti diabetes Glipizide yang biasa diambil sebanyak 2.5 mg/kg-bw.

Dalam sampel manusia, terdapat pengurangan kandungan gula dalam darah sebanyak 29% oleh pesakit kencing manis Jenis-2 yang mengamalkan tablet daun Moringa pada kepekatan 98% selama 90 hari. Sebatian aktif yang diberi nama Moringine dalam daun Moringa iaitu sejenis kelas kimia alkaloid dilaporkan berperanan dalam memberikan kesan hipoglisemik atau menurunkan kadar gula dalam darah.



Nama Saintifik Merunggai 

Moringa dengan nama saintifiknya Moringa oleifera mengandungi pelbagai khasiat pada daun, buah, akar serta bijinya. Moringa juga digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kesihatan seperti

  • Diabetes
  • Keradangan
  • Jangkitan bakteria dan kulat
  • Sakit sendi
  •  Sakit jantung

KHASIAT MORINGA YANG MENAKJUBKAN

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Moringa mampu menawarkan khasiat daripada pelbagai vitamin dan mineral. Daunnya mempunyai vitamin C 7 kali lebih tinggi daripada buah oren serta kandungan potassium 15 kali lebih banyak daripada pisang. Ia juga mengandungi kalsium, protein, zat besi dan amino asid yang penting bagi perkembangan fizikal dan pertumbuhan otot.

Khasiatnya yang menyeluruh dan lengkap turut menarik perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport bagi merawat malnutrisi di serata dunia.

KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan.

Sebatian antioksida juga berperanan dalam melawan aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.

Selain vitamin C dan beta carotene, daun moringa juga didapati mengandungi kebaikan antioksida lain seperti quercetin yang berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah.

MENSTABILKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Moringa juga mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Sebuah kajian mendapati pengambilan serbuk daun moringa pada setiap hari dapat mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 13.5%.

Para saintis juga mencadangkan kesan antidiabetik ini berpunca daripada komponen yang terkandung di dalam Moringa seperti isothiocyanate. 



Sumber Diet Seimbang

Di negara-negara mundur, pokok Moringa dijadikan sumber makanan bagi mengatasi masalah kebuluran dan kekurangan khasiat makanan dalam tubuh. Hal ini telah diulas oleh penyelidik dari Pusat Perubatan John Hopkins, Maryland, Amerika Syarikat pada 2005.

Kajian tersebut menyatakan bahawa daun Moringa boleh dimakan mentah, dimasak atau disimpan dalam bentuk kering untuk berbulan lamanya tanpa kehilangan kandungan nutrien di dalamnya. Malah, daun Moringa dilaporkan mengandungi lebih kandungan vitamin A berbanding lobak merah, lebih kalsium berbanding susu, lebih zat besi daripada bayam, lebih vitamin C daripada oren dan lebih kalium daripada pisang. Kandungan protein dalam daun Moringa juga menyamai pengambilan telur dan susu!

Pencegahan Kanser

Pokok Moringa telah digunakan sebagai ramuan ubatan sejak turun-temurun walaupun kajian saintifik yang menyokong dakwaan tertentu masih belum diluaskan. Namun, kajian awal menunjukkan penemuan yang meyakinkan mengenai kesan positif kandungan dalam pokok Moringa yang boleh merencat pertumbuhan kanser limfoma dan kanser kulit.

Kajian lepas juga menunjukkan bahawa sebatian dalam daun moringa boleh menghentikan pembentukan sel kanser baharu supaya kanser tidak terus merebak.

Meningkatkan Sistem Imun Pesakit HIV

Walaupun penyakit AIDS yang disebabkan oleh virus HIV masih belum mempunyai penawar, amalan diet mengandungi pokok Moringa disarankan oleh pengamal perubatan herba bagi membantu meningkatkan sistem imun pesakit ini.

Kandungan antioksidan dalam daun Moringa contohnya boleh membantu melawan radikal atau penyakit yang cuba menyerang sistem imun pesakit yang sedia lemah ini. Malah, ekstrak daun Moringa juga dilaporkan mempunyai kesan antimikroba yang sangat baik.



Manfaat Kesihatan Setiap Bahagian Pokok Moringa

Berdasarkan kajian yang diterbitkan di Food Science and Human Wellness oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Bangalore, India pada 2016, berikut ialah manfaat kesihatan setiap bahagian pokok Moringa. Ulasan ini mengambil kira amalan petua yang diamalkan oleh masyarakat di India, jadi, dakwaan ini tidak boleh dianggap saintifik sepenuhnya.

Daun – merawat asma atau lelah, sakit ulu hati, kencing manis, cirit-birit, demam malaria, sifilis, sakit kepala, jangkita mata dan telinga, antioksidan, antimikrob, mengurangkan tekanan darah dan kolesterol.

Biji benih – merawat hipertiroidism, antiherpes, masalah gout, sawan, antimikrob dan anti keradangan.

Kulit akar – anti ulser, anti keradangan, perangsang kardiak.

Bunga – mengurangkan kolesterol, agen anti keradangan sendi, demam sejuk dan masalah sukar membuang air kecil.

Pod atau kantung buah – merawat cirit-birit, masalah hati dan limpa dan sakit sendi.

Kesimpulan

Antara khasiat kesihatan pokok Moringa ialah dapat menurunkan kadar gula dalam darah, sumber nutrien yang mencukupi kepada tubuh, berpotensi mencegah kanser dan pelbagai lagi manfaat daripada setiap komponen pokok tersebut. Namun, harus diingat bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung dengan rawatan alternatif petua sebegini kerana pelbagai faktor sebenarnya boleh mempengaruhi kesembuhan kita. Dos atau amaun yang diambil juga boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu jika kita tidak mengamalkan konsep bersederhana.


Scamer Oh Scamer

 


Scammer, atau penipu dalam Bahasa Melayu, merupakan individu yang menggunakan strategi penipuan untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi dari mangsanya secara tidak sah. Fenomena ini semakin meningkat dengan pesat dalam era digital ini, di mana teknologi memudahkan akses kepada pelbagai jenis penipuan. Dari e-mel palsu yang meminta maklumat perbankan hingga panggilan telefon yang menggoda, scammer memanfaatkan pelbagai platform untuk menjalankan aktiviti mereka.

Kejadian penipuan ini bukan sahaja memberi kesan kewangan kepada mangsa, malah boleh merosakkan reputasi serta kepercayaan dalam komuniti secara keseluruhan. Dalam masyarakat yang semakin terhubung secara digital, penting untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman scammer serta cara-cara untuk mengenal pasti dan mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan ini.

Baharu sebentar tadi, tidah sampai tempoh setengah jam, sekian kalinya aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, "+60163834**", yang menyatakan beliau ini dari DHL cawangan Durian Tunggal, Melaka. Beliau menyatakan aku ada membuat penghantaran bungkusan di cawangan tersebut dan barangan yang ada di dalam bungkusan tersebut merupakan sehelai t-shirt dan terdapat buku cheque dan ada lagi satu item yang aku terlupa apa item yang dinyatakan,

Beliau juga telah menyatakan aku telah melakukan kesalahan yang mana barang-barang tersebut telah menyalahi undang-undang. Walau bagaimana pun, adakah pihak perkhidmatan mempunyai kuasa untuk membuka semua bungkusan-bungkusan yang menggunakan perkhidmatan mereka? bukan itu satu kesalahan? 

Aku terus melayan panggilan tersebut, dan belia menyatakan ada menghantar notis secara sms di nombor telefon aku, dan tarikh-tarikh penghantaran pesanan tersebut tidak pernah aku terima. dan hujungnya beliau menyatakan bahawa aku perlu bercakap dengan pegawai polis yang akan disambungkan oleh beliau kepada aku untuk membuat laporan polis. Sambungan-sambungan talian ini hanya pihak scammer yang akan lebih bijaksana untuk lakukan sedemikian, untuk pengetahuan umum, tidak ada perkhidmatan yang begitu yang dilakukan oleh agensi-agensi. 

 


 

Sebelum ini, aku ada terima panggilan tentang penyalahguna urus niaga import/export, dan penyalahan gunaan lisen perniagaan yang kesemuanya berada sangat jauh dari tempat aku tinggal dan bekerja. dan banyak lagi panggilan tidak masuk akal yang aku terima. 

Mengikut pengalaman aku daripada rakan-rakan aku yang terpedaya dengan pihak scammer ini, sebenarnya tidak perlu dilayan dan perlu berhati-hati dalam menilai dengan setiap tuduhan yang dinyatakan kepada kita.Perlu lebih bijak dalam melayan scammer ini supaya tidak menjadi mangsa. Yang lebih penting tidak perlu menggelabah walaupun pihak scammer ini akan cuma membuat kita gelabah secara menerus dan akhirnya kita terpedaya disebabkan gelabah tidak mampu menangani panggilan tersebut.

Apabila pihak mereka berkata akan menyambungkan ke pihak ketiga dan keempat, iaitu dari agensi ini kepada agensi itu, maka itu ada penipuan, kerana tidak ada perkhidmatan tersebut di Malaysia, yang menyambungkan dari agensi ke agensi.

Juga, jika perlu membuat laporan polis, biasanya pihak scammer ini akan menakutkan kita, bahawa kita perlu membuat laporan polis di balai yang agak jauh dari kita yang sememangnya kita tidak sempat untuk melakukan perkara tersebut. Saya ingin nyatakan bahawa, laporan polis pada masa kini boleh dilakukan di mana-mana bali dan ia adalah secara online dan report tersebut kita boleh nyatakan di mana balai polis tersebut dan balai polis di sana boleh menerima laporan tersebut dari dalam talian.

Dalam perkara ini, kita akan meneroka lebih jauh tentang modus operasi scammer, kesan yang ditimbulkan oleh aktiviti mereka, dan strategi untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan. Dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penipuan ini, kita dapat lebih berwaspada dan melindungi diri daripada ancaman yang dihadapi dalam dunia digital masa kini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...