Isnin, 26 April 2010

Kecewa

petang tadi sahabat aku call, dia lepaskan apa yang tersimpan dan apa yang berlaku pada dia. sebelum ini perkara ini telah pun berlaku, dan dia betul-betul tertekan dengan apa yang itu lakukan kepada dia. dahulu dia diburukkan. sebelum ini couple dia tu berlaku curang dengan dia. sememangnya dunia kini tidak ada yang boleh dipercayai. dan dengan tanpa rasa bersalah, dia menuduh member aku ini menghidap HIV.


hinggakan di forum juga diletakkan perkara tersebut. dan akibat tidak dapat menanggung apa yang telah diterima, sahabat aku ini telah pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, (blood test) nyata negatif. tetapi tuduhan tetap dilemparkan.

kemudian dia create satu account di myspace untuk menganiaya sahabat aku itu. dan bermacam-macam call yang masuk kerana number phone juga diletakkan di account tersebut. dengan bantuan rakan-rakannya, juga aku kenali, perkara itu disiasat dan dapat dikenalpasti siapa punya angkara. dan budak tersebut memohon maaf daripadanya. dan aku kenal dan juga pernah bersua dengan budak yang tidak berhati perut ini.


dengan perbuatannya yang sungguh tidak ada rasa bersalah, sahabat aku ini mengambil tindakan memakan pil tidur, dan macam-macam lagi yang telah dilakukan untuk menghadapi perkara tersebut. tapi atas nasihat rakan-rakannya dia cuba untuk pulihkan semangat dia semula.

tetapi beberapa hari ini, ada lagi tuduhan yang dia terima, terkilan rasa dihatinya. kerana dia masih lagi dituduh dengan tidak ada usul periksa. setahu aku dan sebelum perkenalan aku dengan dia, aku diterangkan tentang diri dia dari orang-orang yang pernah mendampinginya. kerana aku cukup berhati-hati dalam memilih kawan.

hari ini, dia call aku bahawa dia dapat call dari tiga number dan budak-budak yang call dia menyatakan ada satu account myspace yang meletakkan number phone dia di laman sosial tersebut. apa yang mereka mahu. setelah sekian lama member aku ini menjauhkan diri dari menimbulkan masalah dengan orang lain, tetapi dia tetap diperlakukan sedemikian rupa.

mungkin akan direportkan sahaja pada pihak berkuasa untuk mencari orang yang cuba menfitnah tersebut agar mereka sedar diri, tetapi aku cadangkan lihat dahulu apa yang mereka lakukan sebelum kita bertindak. kerana ini telah mengganggu hak privacy dan maruah seseorang. dan ini juga menyalahi undang-undang dan tindakan undang-undang boleh dilakukan.

terserah pada mereka untuk berfikir secara waras.


Cuka


CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

  1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
  2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
  3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
  4. Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
  5. Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
  6. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
  7. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
  8. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
  9. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
  10. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
  11. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
  12. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  13. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Ahad, 25 April 2010

Budak Bangang

semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah puas berjalan. aku memandu pulang, dan setibanya dia Tangkak, ada satu mat rempit. membawa motor dengan cara yang merbahaya. terhuyung hayang. dan di kepala aku fikir mungkin dia dalam keadaan mabuk. dengan membawa motor dengan kelajuan dan cara yang merbahaya.

member aku cakap pada aku "hisshh..... gila betul budak tu bawa motor. beberapa kali nak jatuh, kalau jatuh pasti dilanggar kereta",

" biar lah dia suka bawa macam tu. kalau dia jatuh atau kena langgar ke, ada lah benda nak letak kat dalam post", jawab aku.

"tak baik cakap macam tu, tapi budak tu memang bodoh, tak sayang nyawa, saya tengok dia macam di hujung nyawa jer", ujarnya.

"alah lantak lah dia", jawab aku untuk menghentikan perbualan tentang mamat yang bodoh itu.


tidak lama kemudian aku dan sahabat aku terlihat seorang budak menaiki motor dah terjatuh di tepi jalan dan ada tiga orang lelaki di situ,

"awak, budak tadi jatuh lah, astaghfirullahalazim, jom wak kita pi tengok", ajak member aku.

"alah malas lah, lantak lah dia, dia sendiri yang cari masalah sendiri tanggung lah", ujar ku. walaupun baru sebentar tadi aku sendiri yang cakap nak ambil gambar andai dia jatuh atau kemalangan, tak sangka pula gurauan aku itu menjadi kenyataan.

"jom lah, pusinglah semula, kita tengok", ajak sahabat aku lagi.

dan aku mengikuti permintaan sahabat aku itu untuk melihat apa yang berlaku, dan apa yang berlaku aku tidak berhenti ditempat kejadian kerana, tiga orang lelaki tadi adalah anggota polis, dari bahagian siasatan, terus sahaja aku meninggalkan tempat kejadian.

tapi sempat juga aku melihat apa yang berlaku, satu batang tembok penanda jarak telah dilanggar, dan budak yang tidak berapa betul itu telah duduk di tepi jalan sambil diceramah dan juga belasah. baguslah, biar dia rasa, kerana sememangnya dia memang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. kalau aku pun bagi jer satu penyepak, tu pun belum cukup buat dia sedar diri, esok lusa buat lagi.

Sabtu, 24 April 2010

Simply Siti

siti nurhaliza, tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. dan beliau kini bergelar datuk. dari awal penglibatan beliau dalam dunia seni, pelbagai kejayaan yang diperolehi. dan dengan usaha beliau bermacam-macam lagi kejayaan yang diperolehi, seperti yang Allah janjikan, andainya kita berusaha dan sentiasa bertawakkal dengannya insyaallah diperkenankan.


dan hari ini muncul produk sendiri. satu lagi kejayaan yang diperolehi, hebat dengan usaha sendiri berjaya mempunyai produk sendiri. di sini aku ingin mengucapkan tahniah dengan kejayaan beliau. dan kita cuba berusaha untuk merealitykan apa yang kita mahu. insyaallah Allah akan memperkenankan andainya apa yang kita usahakan itu ikhlas dan membawa kebaikan kepada diri kita sendiri.


kita lihat apa perkembangan produk beliau ini, dan khabarnya sekarang ini mendapat sambutan. aku pun tidak pernah pergi servey barang-barang simply siti ini, sebab tidak ada produk lelaki untuk aku yang dipasarkan di bawah nama simply siti, dan aku juga tidak boleh memberi apa-apa comment kerana belum mencubanya lagi,

kepada Datuk Siti Nurhaliza, semoga berjaya atas apa jua yang diusahakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...