Isnin, 21 November 2011

Jemputan.

Esok merupakan hari Keputraan D.Y.M.M Sultan Johor. "Daulat Tuanku". Dan satu jamuan diadakan diperingkat Daerah Segamat. Dengan nama jamuan tersebut, "Jamuan Teh Rakyat" yang akan diadakan di Dataran Segamat.

Tarikh dan masa telah tertera dalam gambar yang telah aku sisipkan, rasanya tidak perlu aku terangkan lagi,


Di sini aku letakkan sedikit tentang Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, baginda merupakan Sultan Johor yang ke -25 dan baginda ditabalkan sebagai sultan pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan ayahanda baginda.




Baginda diputrakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, merupakan anak sulung daripada 10 orang adik-beradik.Pada 3 Julai 1981 baginda ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor, dan pada 25 April 1984 Baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Johor semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-8.

Mendapat pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, dan pada 1968 - 1970 baginda belajar di Trinity  Grammar School, Australia, seterunya kembali belajar di Maktab Sultan Abu bakar (MSAB). Selain itu baginda juga mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.

Kemudiannya baginda dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Seterusnya baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara di Fort Bening, Amerika Syarikat. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Komander Angkatan tentera Johor.




Pecah.

Perkara ini berlaku dalam dua minggu lepas, di mana bilik komputer yang menempatkan aku bersama seorang staff lagi a.k.a operator data, dirobohkan bagi pengubahsuaian pejabat. Sekarang ini menumpang sekejap di meja orang, perkara ini berlarutan selama dua minggu, dan semasa aku menaip post aku ini, proses tersebut sedang berjalan, dan sedikit lengsa kerana aku tidak dapat menjalankan kerja-kerja aku.


 gambar menunjukkan di mana aku menumpang dan meletakkan komputer aku.

Pengubahsuaian tersebut adalah bagi menempatkan staf ict di pejabat ini. Bagi aku baguslah kot perkara ini sebab lebih terbuka dan lebih mesra dengan staff lain kot, dan apa yang bagus lagi tentang perkara ini adalah, tempat yang aku duduk (meja aku) kawasannya nampak lebih luas.


keadaan semasa kerja pengubahsuaian (sebelum)


Terima kasih buat PPTM aku kerana menyediakan satu bilik untuk aku melakukan kerja pembaikan komputer dan juga tempat bagi meletakkan komputer yang berada dalam simpanan aku. Ada sedikit keselamatan juga kerana kerisauan dalam hati aku apabila berlakunya kehilangan terhadap barang yang dalam simpanan aku, Hak Milik Kerajaan tu. Jika berlaku kehilangan bagaimana pula dapat aku menggantikannya, bukan berduit sangat aku ini.

 keadaaan selepas pengubahsuaian dan kerja-kerja belom siap sepenuhnya.

Cuma pada ketika ini aku tidak sabar untuk menantikan tempat bekerja aku sendiri kerana terasa macam menyusahkan orang lain dan menyempitkan lagi ruang kerja sahabat aku ini.

Selasa, 1 November 2011

Serang Menyerang.

Salam, dah beberapa hari aku sibuk dengan family aku, Dalam weekend yang lalu aku telah membawa ibu aku ke Johor Bahru ke rumah makcik aku yang berada di Skudai, kerana pada hari Ahad, beliau akan ke Kota Tinggi atas urusan menghantar pengantin (bahasa pasar). Pada mulanya ingin menaiki dua buah kenderaan (kereta), tetapi makcik aku mengusulkan agar menaiki sebuah sahaja, dan aku mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sahaja kerana cuaca di sana agak terik dan tidak sanggup untuk aku memanjakan diri aku dengan panahan sinar mentari terik itu.



Sepanjang aku duduk di rumah makcik aku itu tidak ada lain yang aku lakukan hanyalah beristirehat sahaja. Juga melayan mata aku yang agak suam-suam kuku mengantuk kerana cuaca yang sedap-sedap untuk tidur. Tiba-tiba aku dekejutkan dengan satu sms dari sahabat lama aku, beliau menyatakan bahawa beliau sedang kesedihan.

Setelah aku bertanya, rupa-rupanya ada seorang rakan lama beliau telah mengutuk beliau di dalam internet. Perkaranya sedikit sahaja tetapi aku membacanya agak keras juga kutukan tersebut. Aku tidak mendengar cerita dari kedua belah pihak, so aku tidak lah berapa pasti apa sebenarnya.


Begini, jika ingin membincangkan perkara kutuk mengutuk ini, adik aku sendiri telah mengalami perkara tersebut, sehingga habis facebook belia dikutuk oleh beberapa umat yang tidak ada maruah diri. i"m sorry to say, mengapa aku berkata demikian? pada pendapat aku, adalah lebih baik jika kita bersemuka dan cuba meleraikan benang yang kusut itu. singkap dan buka secara perlahan, baik dan teratur agar benang tidak putus. Tetapi sekarang ini kebanyakan orang mengambil jalan dengan membalasnya dengan mengadakan post-post di facebook, twitter dan macam-macam lagilah, asalkan berasa puas di dalam hati.


Tidak elok begitu, bukan satu penyelesaian yang baik, makin memburukkan keadaan jadinya. Entah lah, aku kasihan juga dengan sahabat aku itu, tidak dapat aku membantu kerana aku tidak tahu apa cerita sebenar, aku dapat tahu perkara ini telah lama berlarutan tiada penyelesaian, dan ada orang yang menjadi batu api sebenarnya.

Buat sahabat aku itu, seperti yang telah kau maklumkan kepada aku bahawa sahabat lama engkau itu sebenarnya salah faham, dan perkara itu bukanlah ditujukan kepada beliau. Hanya aku mampu bagi cadangan kau diam sahaja, biarlah dia dengan dunia dia. Lebih baik kau tumpukan kepada kerja kau yang dia kata tak berapa nak voke itu janji duit yang kau itu halal dan diberkati.



Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, janganlah dijadikan perkara itu untuk kita menjatuhkan air muka orang lain, fikir dahulu sebelum bertindak, siasat dan bukannya terus melulu.

Khamis, 20 Oktober 2011

Lunch At Tanjung Pelepas.


Dalam dua minggu lepas yang lau, makcik aku yang tinggal di Taman Impian Emas, Skudai telah mengadakan satu majlis open house, Aku hanya datang untuk makan sahaja dan hanya memberi sedikit sahaja bantuan. Majlis bermula jam 8 malam dan berakhir hampir jam 12 pagi. 



Dalam keesokan harinya, Kami telah bersiar-siar di Danga City dang dahulunya dikenali sebagai Best World Johor Bahru. Niat kami menjejakan kaki disitu adalah semata-mata ingin melihat Pc Fair yang diadakan, sedikit hampa kerana tidak banyak gerai yang ada.


Jam menunjukkan hampir waktu untuk makan tengahari, Pakcik aku mengambil keputusan untuk makan di Gelang Patah sahaja, perjalan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari Bandaraya Johor Bahru. Dengan tiga buah kereta kami menuju ke destinasi.



Apa yang menari di situ? Makanan yang dihidangkan, sekadar biasa sahaja bagi aku, tetapi boleh dikatakan lazat dan enak juga. Dan yang lebih menarik adalah pemandangan di sana. Ketika menikmati makanan yang dihidangkan sambil menyaksikan penorama di sana, Mendengar deruan ombak dan dihembus dengan angin bayu, memang mengasyikan.


Kenyang sudah perut, masung-masin pulang ke tempat masing-masing, aku seperti biasa pulang ke Muar kerana bekerja pada keesokan harinya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...