Rabu, 5 Ogos 2009

SuNWaY PiRAmiD




kelmarin semasa aku pergi ke putrajaya untuk bertemu dengan sahabat aku, dia ajak aku pergi menonton, dia ajak pi klcc....huahua...malas aku nak bawa kereta ke sana......then aku cakap ngan dia just at sunway piramid, so bertolak lah kami ke sunway piramid, setelah membuat perbincangan kami membuat keputusan untuk menonton transfomer sahaja, memang sejak dari dulu pun dia nak tgok tapi tak berkesempatan,





kemudian dalam nak keluar sunway piramid untuk balik, parking ticket aku problem, hari tu pernah terjadi di IOI Mall puchong, sekarang kat sini plak, berpusing2 cari office dia orang, waktu aku keluar panggung tu sunway dah pun tutup dan aircond pun dah off so panas lah, huhu....then sahabat aku plak boleh membebel, geram......






biasalah kalau bertekak sikit, selalu macam tu, benda2 kecil pun aku nak bertekak dengan dia, but tak sampai 10 minute aku dah pujuk dia balik, kemudian on the way nak balik tu aku singgah kat KFC, malam2 pukul 12 lebih makan KFC, ok lah tu, kat USJ jer.......then terus balik rumah dan tidur.....tidur ker????................ tidur lah sebab keletihan berjalan mencari tempat nak settle kan parking ticket tu...huhuhuhu......




Selasa, 4 Ogos 2009

FloRia







seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, ada satu pesta atau pertunjukan bunga kat putrajaya ni yang di berinama FLORIA, dan aku mengambil kesempatan ini membawa mak aku untuk pergi ke pameran tersebut, sememangnya niat dia adalah untuk menyaksikan apa yang ada di Floria tersebut,






dan macam biasa dia akn pergi melihat kegemarannya iaitu orkid, sambil di layan oleh sahabat aku, kerana kedua-duanya mempunyai minat yang sama, but aku punya mood pun kurang baik sebab terlalu ramai lah umat manusia yang datang dan cuaca yang begitu panas sekali membuat aku pening kepala, boleh tahan panas sebenarnya Putrajaya ni,




then ada lah disediakan dengan belon panas untuk para pengunjung mencuba sendiri bagaimana rasa menaiki belon panas,










SaLaM


salam buat member2, sorry....ada yang bertanya tak ada cerita baru ker.....hermmmm..... entah lah, tak der mood pun yer juga, dalam mood merindu kat somebody, sebenarnya weekend yang lepas pun aku pergi ker putrajaya, sepatutnya aku pergi ke perlis, jabatan aku buat, tapi lover tak dapat ikut sebab tak dapat cuti, so aku pun cancel kan nak pergi perlis, malas nak berjalan kalau dia tak ada sama, huh...then nenek aku plak buat kenduri, so mak aku pun tak dapat lah nak ikut, hari ahad pagi mak aku datang putrajaya bersama adik aku yang kebetulan balik ke kampung sebab member dia buat majlis kenduri kahwin, then mak aku ikut balik kl dan dari kl aku yang bawa dia balik ke kampung............

Sabtu, 1 Ogos 2009

KeaDAan

huh, tak tau lah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni, bermacam2 yang berlaku, dari pelbagai segi kita sedang alami sekarang, contohnya: peperangan, kesihatan, politik alam sekitar dan macam2 lagi,
sekarang, berlakunya keadaan yang tidak menyenangkan kita, pertamanya jerebu, yang mana telah pun berlarutan beberapa hari sejak beberapa bulan kebelangan ini, apa kah puncanya, pembakaran terbuka dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah untuk membersihkan sesuatu kawasan untuk pembangunan mahupun pertanian, dan kita yang tidak berkaitan secara langsung menjadi mangsa keadaan, dengan melibatkan kesihatan kita sendiri, di mana kah kesedaran mereka untuk melindungi dan memelihara alam sekitar, merupakan tanggungjawab dan kewajipan kita untuk menjaganya....kerana kita telah diberi tanggungjawab tersebut sabagai khalifah di muka bumi ini, akibat dari ketamakn manusia apa yang telah kita lakukan,
keduanya peperangan yang melibatkan etnik2 di dunia, hermmmm.......berlakunya perebutan kawasan lah dan sebagainya, perkara ni pun sejak dari dulu pun telah berlaku, untuk meluaskan empayar, tapi ada tempat-tempat yang melakukan peperangan ni pun untuk menegakkan keadilan......tapi cuba kita bersatu........
keamanan juga tidak boleh kelihatan lagi, di mana berlakunya keganasan, kadang-kadang aku tak faham, aku dulu pun sekolah agama juga, tapi tak lah alim sangat pun, di dalam islam misalnya, kita digalakkan mengadakan rundingan secara damai, tu yang pertama lah, tetapi manusia di zaman ini terlalu ego hanya ingin menegakkan konsep dan pendirian diri sendiri sahaja tanpa memikirkan kesannya, yang hanya menguntungkan pihak2 tertentu sahaja, dan di dalam islam juga tidak dibenarkan membunuh kanak-kanak dan para wanita, juga org yang berada dalam rumah ibadah dan org2 yang tidak berkeupayaan, tapi apa yang berlaku sekarang, merekalah org utama yang menjadi mangsa keganasan, betul ker perjuangan tersebut berlandaskan islam,
politik sekarang begitu juga, tak faham......walhal semua boleh dibincangkan secara baik, mengapa terjadinya pertengkaran dan caci mencaci, hermmmm...... biarlah sesungguhnya mereka lebih mengetahui apa yang mereka lakukan, entah lah....asalkan jangan jadikan negara yang aku sayang sangat ni menjadi porak peranda sudah.......tapi tu aku tgok dalam satu keluarga yang mempunyai perbezaan parti pun boleh bertekak dan bergaduh....hermmm...betul ker apa yang mereka lakukan? entah......
lagi satu yang semakin parah sekarang ni, dan Malaysia telah pun mempunyaio beberapa kes kematian akibat wabak tersebut, H1N1, ada khabar angin yang mengatakan wabak ini sengaja di cipta oleh pihak tertentu untuk menarik keuntungan, betul ker..... may be kot, sebab zaman sekarang ni mana ada keperimanusiaan, hanya peri keewangan sahaja yang ada dalam hati lalu menjadikan mereka2 ini berperi kebinatangan, boleh ker cakap macam tu.....sebab otak hanya pikir kocek sendiri jer...... macam binatang lah juga yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa mengira apa yang akan berlaku pada org lain.........entah lah........
lastly.....minta maaf jika aku telah menyinggung pihak2 tertentu dan menyatakan perkara yang salah...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...